Ramadhan Membuka Tirai



Assalamualaikum pembuka tirai,
Setelah seminggu penulis tidak mengarang tinta di blog ini, hari ini sebagaimana bulan Ramadhan Al-Mubarak menjelma, penulis ingin terlebih dahulu, memohon seribu keampunan sekiranya ada melukakan hati sesiapa saja yg penulis kenali. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kalian semua..Amin...

Hari ni penulis ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan bulan mulia kita ini. Setiap kala bulan Ramadhan menjelma, pasti ada yg menanti2 ketibaannya, namun ada juga yg leka dgn kehidupan duniawi.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Lihatlah, bagaimana Allah mengangkat martabat org yg berpuasa di bulan Ramadhan kesisi-Nya. Maka rugila bg org2 yg lupa dan leka sehingga mengabaikan bulan yg mulia ini. Ini tersebut dalam hadis berikut ini:

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Oleh itu, marilah kita sama2 menunaikan ibadah puasa ini dgn hati yg terbuka, merasai keindahan bulan yg mulia ini. Semoga kita tergolong di dalam kehidupan org2 yg beriman. InsyaAllah.


0 comments: