Survey Dikala Buhsan


1. last cigarette?
~ darjah 6 <--mase tuh nk mencuba tp tak lekat..hehe
2. last beverage:
~ kfc mirinda oren <--waktu sahur 3. last phone call?
~ smalam <--itupun ibu yg kol..
4. last text message
~ tadi <--ngn ibu 5. last CD played:
~ jason mraz nye mp3
6. last BUBBLE bath:
~ alangkah bestnye ade bathtub..huhu
7. last time you cried :
~ a long2 time ago..
<--dah xingt
8. last meal
~ KFC dinner set
SEVEN have you’s:
1. have you ever dated someone twice?:
~ xpnah lak date 2kali..
3. have you ever kissed someone & regreted it?
~ never regret..hehe
4. have you ever fallen in love?
~ pnah la gak..
5. have you ever lost someone?:
~ ni pun pnah gak <--two years ago..
6.have you ever slept until 2pm?:
~ jarangla..
7. have you ever been drunk and thrown up?
~ oppss.. arak2 tak main laa..
SIX things you did in the past three days:
1.shopping kat bazaar ramadhan
2.design website sendiri
3.update blog
4.borak2
5.pi beli sticker keta kat Sunway
6.update Fantasy League list
FIVE people you can tell pretty much anything to –
1. Awin
2. Ibu chayee...
3. adie <--skg ade kat Indonesia
4. Nor shahirah ramli <--kawan baek saye
5. adik saya
list THREE favorite colors
1. orange
2. red
3. black
This month have you…
1. Laughed until you cried?
~ lom pnah gelak sampai nangis..
2. Went behind your parents back?
~ tak pnah..
WHAT DO YOU THINK ABOUT:
1. Your last kiss?
~ last kiss?? bile erk?? haha
2. Gay Marriage?
~ macam nk bunuh je derang
3. Lowering the drinking age?
~ buduss.. baek haramkan je..
4. Straight, Gay, or Bi?
~ gay??? hahahha..
5. Who are the best huggers that you know?
~ kekasih saya..hehehe <--kalo la btulkan?? 6. Do you believe in love at first sight?
~ percaye la gak..
7. Is there something you want to tell someone?
~ byk bende nk kasitau.. tp tak sempat
8. What brand of shirt are you wearing?
~ Wing Sport <--mesti xpnah dgr kan?
9. Would you kiss anyone on your top friends?
~ kalo kiss sure kena penampor!!
10. What is your current annoyance?
~ entahlaa..
11. How many kids do you want to have?
~ 10 org leh tak?hehe
12. Do you want to change your name?
~ nama sy yg terbaek utk saya..
13. Last time you saw your father?
~ last month..
14. What did you do for your last birthday?
~ pi dinner!! pastu beli adiah..hehe
15.What time did you wake up today?
~ 6.30am
16. What were you doing at midnight last night:
~ updating my blog..
17. Name something you CANNOT wait to do:
~ beli spoiler ngn skirting keta..
18. What is your favorite thing in your room?
~ my laptop
19. Where is your best friend right now?
~ kat indonesia..
20.Who’s the last person you got into an argument with?
~ errrr......hehe tahlaa..


..sambungan cerita..

Demam + Selsema


Hari ni demam lagik
Badan rasa tak selesa
panas hidung
panas mata
saket tekak
sumenye gara2 bermandi hujan
org pi bazar ramadhan
utk membeli makanan
tp smalam len lak jd
membeli sambil mandi hujan
senangkan???
dua keje sekali..
Last2 , ha amek ko..
demam + selsema
dia bg dua pakej trus..
aduhai nasib......




..sambungan cerita..

Kegusaran Hati



Hari ni masuk ari ke-3 puasa
namun penulis blum menikmati
keindahan bulan yg mulia ini
terasa semacam ada kekurangan
kdg2 hati bertanya
kemanakah arah yg ingin ku tuju
kemanakah tmpat ingin ku mengadu
kekosongan jiwa ini
mendorong satu rasa
bersalah dalam diri ini

dimanakah
silapnya
dimanakah kurangnya
perlukah aku bertemu
pakar bg sakitku ini?
perlukah aku ubat
mengurangkan sengsara ini?
atau hanya menghabiskan masa
dgn trus dibuai
badai kekosongan jiwa.....


p/s: Nukilan hasil kebosanan penulis..


..sambungan cerita..

Ramadhan Membuka Tirai



Assalamualaikum pembuka tirai,
Setelah seminggu penulis tidak mengarang tinta di blog ini, hari ini sebagaimana bulan Ramadhan Al-Mubarak menjelma, penulis ingin terlebih dahulu, memohon seribu keampunan sekiranya ada melukakan hati sesiapa saja yg penulis kenali. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kalian semua..Amin...

Hari ni penulis ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan bulan mulia kita ini. Setiap kala bulan Ramadhan menjelma, pasti ada yg menanti2 ketibaannya, namun ada juga yg leka dgn kehidupan duniawi.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Lihatlah, bagaimana Allah mengangkat martabat org yg berpuasa di bulan Ramadhan kesisi-Nya. Maka rugila bg org2 yg lupa dan leka sehingga mengabaikan bulan yg mulia ini. Ini tersebut dalam hadis berikut ini:

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Oleh itu, marilah kita sama2 menunaikan ibadah puasa ini dgn hati yg terbuka, merasai keindahan bulan yg mulia ini. Semoga kita tergolong di dalam kehidupan org2 yg beriman. InsyaAllah.



..sambungan cerita..

10 Rahsia Google Adsense


Salam Ukhuwah buat para pembaca,

Hari ni penulis ingin mengupas 10 Rahsia Besar utk Google Adsense. Rahsia ini ternyata byk membantu para blogger dalam menambahkan pendapatan. Bg penulis, segala yg tertulis di bwah kelak tidak akn mengubah nasib anda melainkan anda sendiri mengusahakan apa yg telah diajar. Semoga kita sama beroleh pendapatan yg byk melalui Google Adsense.

Rahsia No.1
Gabungkan Adsense dgn Website Anda
- Apa yg dimaksudkan dgn gabungkan ini ialah anda perlu menyesuaikan warna dan tulisan adsense selari dgn warna asal website anda. Teori ini ternyata berkesan utk menarik visitor utk melihat ad tersebut.

Rahsia No.2
Gunakan Gambar
- Cara ini digunakan dengan berkesan oleh kebykan blogger. Meletakkan gambar berhampiran dengan adsense akan meningkatkan Click Through Rate(CTR) anda. Sekiranya CTR anda tinggi, maka pulangan yg akan diberikan juga tinggi apabila visitor menekan adsense anda. Wow, rahsia besar ni!! :D

Rahsia No.3
Letak Adsense Di Tempat Paling Tinggi
- Penyusunan adsense dengan meletakkannya di tempat paling tinggi adalah satu rahsia. Ini kerana, visitor akan lebih terdedah kepada adsense anda apabila ia disusun di tempat yg mudah dilihat. Seelok2nya, ia dimuatkan di bawah atau diatas menu link kita.

Rahsia No.4
CTR Bergantung Dengan Content Website.
- Ini sekiranya anda menggunakan banyak website utk Google Adsense. Satu antara website anda mendapat CTR 20%, manakala yg satu lagi hanya 0.04%, jadi disarankan supaya menngeluarkan adsense dari site yang mempunyai 0.04% kerana ini akan menurunkan Averate rate utk CTR anda.

Rahsia No.5
Guna Size Ad yg Unik
- Penggunaan size 160X600 dan 336X280 juga mempengaruhi visitor utk menekan iklan tersebut kerana menyangkakan ia adalah sebahagian daripada content website.

Rahsia No.6
Menggunakan Sistem Automatik melalui SSI
- Penggunaan Server-Side Include(SSI) juga mendorong kepada kesenangan pengguna Adsense. Sistem ini boleh menjimatkan masa di samping memaksimumkan pulangan Adsense.

Rahsia No.7
Update & Maintain Content Yg Berkenaan
- Dengan sentiasa menUpdatekan yg berkaitan dgn content dan meletakkan Adsense di tempat yg mudah di capai oleh visitor juga salah satu cara utk meningkatkan income Asense.

Rahsia No.8
Post yg Menarik dan Fresh
- Antara rahsia yg kebykan blogger tidak ambil berat. Isi kandungan yg fresh dan berkualiti akan mengundang visitors tanpa henti. Kebykan blogger hanya mengejar duit di Adsense namun di mementingkan hal2 yg menjadi penilaian pihak Google.

Rahsia No.9
Using AdWord
Penggunaan AdWord membolehkan kita mengetahui keyword yg mempunyai byk persaingan dalam menggunakan keyword. Melalui Adword juga kita boleh mencipta satu keyword baru utk diperluaskan penggunaanya.

Rahsia No.10
Menggunakan Google Adsense Customize
-Penggunaan Skycraper dan Rectangular juga merupakan satu rahsia yg terbesar dalam Adsense. Layout ini bloeh menarik minat visitor utk melihat iklan itu sebahagian dari content anda.

Dengan terbongkarnye rahsia ini, penulis berharap agar anda supa berjaya mengaplikasikan semua yg telah di berikan oleh penulis. Utk melihat contoh penyusunan Adsense, sila layari http://mwinmusic.blogspot.com/

Regarsds,
MWinBiz





..sambungan cerita..

Sony W308i Awesome!!!

Semalam, penulis pi jalan2 kat Mines. Saje la menghilangkan buhsan di samping menemani kekasih hati pegi membeli belah. Mula2 pi kedai baju, pastu tibe2 rase cam nk tgk je kalo2 ada phone baru yg berkenan di hati.

Setelah penat berjalan, time tu adela dalam kul 940. Kedai2 kat situ pun dah nk tutup dah. Tibe2 ada plak sorang tokey ni panggil penulis utk tgk2 hp kat kedai dia. Tgk punye tgk, sekali nmpak lak satu phone Sony Ericson W308i.

Pergh... cantik plak design phone tu. Ni antara design2 phone tu. Korang nilai la sendiri sama ada cantik atau tak. :D









Amacam? Lawa x? Kata2 tokey kedai tu berjaya membuat penulis membeli phone tu. Eh silap!, buah hati penulis membeli nye. Salah lak..Penulis tade duit nk beli. Kah3..

Antara kelebihan phone tu, ade radio, walkman, camera 1.3 megapixel, touch-button utk play lagu tanpa bukak phone, kaler pun menarik, dan byk lg la. Tak dpt nk diungkapkan kat sini.. Tp yg paling best warna yg penulis dpt tu susah gak la nk jumpe sbb limited edition.

So kalo rasa nk beli hargenye adela lam RM630-RM695 original set. :D :D

Sekian,
MWinBiz
http://mwinbiz.blogspot.com/





..sambungan cerita..

MsjBox Komuniti

Ucapan selamat buat semua pembaca,

Hari ni penulis ingin berkongsi ttg komuniti yg begitu aktif dlm bersosial di dunia maya hari ini. MsjBox telah diilhamkan oleh saudara Junaidix(Junaidix) utk memudahkan semua berhubung sesama sendiri. Malahan sesiapa yg terlibat dlm program ini juga akan mendapat ramai kenalan baru dari serata Malaysia.

Bg penulis ini merupakan usaha yg terbaik dari anak Malaysia ini. Penulis bergitu bangga kerana dpt berkenalan dgn beliau. Untuk mengetahui dgn lebih lanjut, sila layari MsjBox



Salam Ceria,
MWinBiz






..sambungan cerita..

Sekapur Sirih, Seulas Pinang

Assalamualaikum wbt,

22hb Ogos 2008,
Terdetik hati ini ingin melakar hamparan kasih untuk dikongsi bersama. Dunia maya ini tersirat sejuta madah utk dihimpunkan dalam gabungan kasih ini. Justeru itu, penulis dgn penuh harapan dan usaha mengucapkan selamat datang kepada semua pembaca yg budiman.

Dunia hari ini byk dikejutkan dgn keadaan yg tidak aman dan tenteram. Gejala membunuh, memukul, merogol dan bermcm2 lg unsur negatif yg semakin tidak terkawal kian merusuh disetiap pelusuk dunia.

Apakah ini tandanya dunia ini akan berakhir? Adakah sempat utk manusia memulihkan kembali segala kerosakan yg telah dilakukan? Ataupun, adakah manusia itu sedar akan ini semua? Tepuk dada , tanya minda kita utk berfikir sejenak apa yg berlaku disekeliling kita.

Sekali lagi penulis mengalu2kan kehadiran kalian semua dgn ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman dan idea para pembaca si blog ini.

Sekian,
MWinBiz





..sambungan cerita..